55 PATI ditahan JIM
- nabalunews
- Jan 29
- 1 min read

29 Januari 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, berjaya menahan 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Ops Mahir dan Ops Sapu di tiga daerah, Sabtu lalu.
Operasi yang dijalankan di daerah Sipitang, Beaufort dan Menumbok itu dibuat susulan aduan awam berhubung warga asing bekerja atau tinggal tanpa permit dan dokumen sah.
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi diketuai oleh pegawai Hazaman Gapar bersama 20 orang pegawai daripada Pejabat Imigresen Sipitang, Keningau dan Tenom.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, seramai 80 individu ditahan untuk pemeriksaan dokumentasi.
“Hasil pemeriksaan, seramai 55 warga asing berusia 10 hingga 57 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
“Individu yang ditahan adalah 46 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Filipina dan selebihnya adalah empat warga Indonesia membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
SH Sitti Saleha berkata, antara kesalahan dikesan adalah tiada dokumen sah untuk tinggal atau bekerja selain tinggal melebihi masa di negara ini.
Katanya, semua PATI dibawa ke Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.
Comentarios