• Wartawan Nabalu News

556 KES BAHARU COVID-19 DI SABAH


13 NOV 2020

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 556 kes daripada jumlah keseluruhan kes hari ini sebanyak 1,304.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 556 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 199 kes (35.79 peratus) adalah dari Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 357 kes adalah dari lain-lain kategori.

“Daerah Sandakan merekodkan kes tertinggi sebanyak 223 kes. Daripada jumlah ini, 87 kes adalah daripada saringan kontak rapat.

“Manakala, 33 kes daripada Kluster Bonggaya, Kluster Karamunting (31 kes), Kluster Jambatan 2 (18 kes), Kluster Mesra (17 kes), Kluster Samudera (16 kes), kes Kluster Penjara (tiga kes) dan Kluster Tinusa (dua kes).

“Satu kes saringan komuniti, enam kes saringan bergejala, satu kes Sign Off dan lapan kes daripada saringan sebelum bekerja,” katanya pada sidang akkbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, hari ini Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 104 kes baharu, Tawau (59 kes), Semporna (43 kes), Tuaran (38 kes) Kudar (23 kes), Lahad Datu (20 kes), Penampang (16 kes), Keningau (12 kes), Putatan (tujuh kes), Papar (lima kes), Kota Belud (tiga kes), Kota Marudu, Tambunan dan Tongod masing-masing satu kes.

Beliau berkata, Kuala Penyu, Kunak, Beaufort, Beluran, Telupid, Sipitang, Ranau, Pitas, Kinabatangan, Tenom dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Katanya lagi, pada hari ini terdapat dua kluster baharu di Sandakan iaitu Kluster Jambatan B sebanyak 30 kes dan Kluster Bonggaya sebanyak 46 kes.

Seramai 447 pesakit telah sembuh, manakala seramai 2,472 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,809 orang di PKRC.

Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com