60 KES POSITIF BAHARU COVID DICATATKAN PADA HARI INI60 KES POSITIF BAHARU COVID DICATATKAN PADA HARI INI
top of page
  • nabalunews

60 KES POSITIF BAHARU COVID DICATATKAN PADA HARI INI



7 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyakk 60 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 55,294 kes dan tiada kes kematian direkodkan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 23 kes (38.3%) berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (21.7%) saringan bergejala, 15 kes (25%) dari kluster sedia ada serta sembilan kes (15%) dari lain-lain kategori.


Beliau berkata, berdasarkan pecahan kes baharu Covid-19 hari ini, daerah Tawau mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 41 kes, diikuti oleh Lahad Datu (lapan) dan Tuaran (empat kes).


"Kota Kinbalu dan Penampang masing-masing mencatatkan sebanyak dua kes manakala daerah Keningau, Kunak dan Sandakan kesemuanya mencatatkan satu kes.


"Daerah yang mencatatkan sifar kes hari ini ialah Kinabatangan, Putatan, Kota Belud, Papar, Nabawan, Tambunan, Kalabakan, Kudat, Tenom, Kota Marudu, Beaufort, Sipitang, Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu, dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 53 orang menjadikan jumlah kumulatif 54,297 orang.


"Seramai 559 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 240 orang di hospital dan 319 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 39 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page