60 sukarelawan berjaya kutip 3.2 tan sampah di Pantai Goronggon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

60 sukarelawan berjaya kutip 3.2 tan sampah di Pantai Goronggon


26 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTATAN: Lebih 60 sukarelawan berjaya mengutip sebanyak 3.2 tan sampah di Pantai Goronggon sempena Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April setiap tahun.


Presiden Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASESA) Ainie Jamin berkata, sampah itu dikutip secara berperingkat-peringkat melalui empat program kutipan sampah bermula 3 April sehingga semalam.


"Pada 3 April, kita telah mengutip sebanyak 456.90 kilogram sampah dan seterusnya pada 10 April sebanyak 1072.59 kilogram sampah berjaya dikutip.

"Kemudian pada 17 April, sebanyak 546.20 kilogram dan kemuncak program semalam kita telah mengutip sebanyak 1114.15 kilogram sampah di Pantai Goronggon," katanya, hari ini.


Aktiviti itu dianjurkan Persatuan MASESA dengan kerjasama syarikat Green Buddy, Tok Kelapa, Axtrada dan I-World Travels Sdn Bhd.


Ainie berkata, semua pihak termasuk kerajaan, persatuan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam harus memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar khususnya membabitkan tempat awam.


"Sudah tiba masanya kita mengambil langkah yang lebih praktikal menangani masalah kebersihan alam sekitar,” katanya.

bottom of page