• Wartawan Nabalu News

66,164 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 15 DAERAH DI SABAH


PETUGAS mengagihkan bakul makanan di kawasan Beaufort.

22 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 66,164 bakul makanan kepada 15 buah daerah di Sabah, sehingga kelmarin.


Menterinya Ir.Shahelmey Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud dan Beaufort.


“Sebanyak 1,749 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan kelmarin melibatkan Kunak (146), Tawau (674), Sandakan (222), Putatan (empat), Papar (76), Kalabakan (236), Ranau (136), Tambunan (55) dan Beaufort (200),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.


Pengagihan makanan di Putatan.

Ir.Shahelmey berkata, pengagihan bantuan makanan kepada golongan sasar sedang giat dilaksnakan dan berharap penduduk kampung di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat menghubungi pegawai daerah atau pegawai kebajikan kawasan masing-masing bagi mendapatkan bantuan itu.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com