- Wartawan Nabalu News
665 KENDERAAN DIARAH PATAH BALIK, 35 KOMPAUN DIKELUARKAN, KELMARIN

24 Jan 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 35 kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam tempoh 24 jam Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh Sabah, kelmarin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dalam tempoh itu, pihak polis mengarahkan 665 kenderaan berpatah balik
“Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 63 SJR dilaksana melibatkan pemeriksaan 36,692 buah kenderaan.
“Daripada jumlah tersebut, 665 buah kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan dibuat namun, 35 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP Covid-19,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, kelmarin.
Masidi berkata, PDRM juga telah melaksanakan 55 hebahan melalui kereta peronda.
Beliau berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 26 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 10 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Mengenai sanitasi awam pula, Masidi berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di 11 premis, di lapan buah daerah iaitu Sook, Kinabatangan, Tambunan, Semporna, Kota Kinabalu, Kunak, Sandakan dan Kudat.