687 penjawat awam Sabah masih belum terima vaksin – Hajiji687 penjawat awam Sabah masih belum terima vaksin – Hajiji
top of page
  • Wartawan Nabalu News

687 penjawat awam Sabah masih belum terima vaksin – Hajiji


9 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 687 penjawat awam di negeri Sabah masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 23 November, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


Beliau berkata, mereka belum menerima vaksin atas factor isu kesihatan dan lain-lain. Jumlah


Tambahnya, seramai 19,584 daripada 20,271 atau bersamaan dengan 97 peratus penjawat awam di Negeri Sabah telah menerima vaksin, termasuk penjawat awam dalam Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri setakat 23 November.


“Kerajaan Negeri telah menetapkan agar semua penjawat awam Perkhidmatan Awam Negeri melengkapkan imunisasi COVID-19 untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan memastikan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri berada pada tahap yang optimum.


“Sehubungan itu, Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 11 Tahun 2021 bertajuk Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri berkuatkuasa 14 Oktober 2021 telah dikeluarkan,” katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang bertanya tentang jumlah penjawat awam yang belum menerima suntikan vaksin setakat ini.


Ewon juga bertanya apakah dasar kerajaan negeri terhadap penjawat awam negeri yang tidak mahu menerima vaksin.


Hajiji menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk mengurus mana-mana pegawai yang tidak mendapat dan melengkapkan imunisasi COVID-19 bukan atas sebab kesihatan.


“Kaedah-kaedah ini termasuk mengarahkan pegawai untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 berkala, sesi kaunseling bekerja dari rumah untuk satu tempoh, menggunakan cuti kelayakan yang ada dan kemudian cuti tanpa gaji yang dilayaki dan akhirnya tindakan penamatan perkhidmatan,” ujarnya.


Manakala, Hajiji menyatakan bahawa pegawai yang tidak layak untuk menerima suntikan imunisasi COVID-19 hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan dan memaklumkan Ketua Jabatan.

bottom of page