top of page

70 Pintu Rumah Pekerja Terbakar

  • nabalunews
  • 31 minutes ago
  • 1 min read

ree

13 November 2025


TUARAN: Sebanyak 70 pintu rumah pekerja di Taman Seri Lemawang, Jalan Tuaran, di sini, musnah dalam insiden kebakaran awal pagi, Khamis.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seramai 50 penghuni dilaporkan sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Bagaimanapun, seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an dilaporkan cedera ringan selepas terkena zink dipercayai ketika cuba menyelamatkan diri daripada rumah yang terbakar.

ree

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.45 pagi.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama tiga jentera terus dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Pasukan tiba pada jam 5.57 pagi, dan mendapati kebakaran melibatkan deretan rumah pekerja jenis tidak kekal berkeluasan satu ekar.


“Api marak dengan cepat kerana struktur bangunan diperbuat daripada kayu selain tiupan angin kencang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, keseluruhan 70 pintu rumah berkeluasan kira-kira 10×10 kaki setiap satu terbakar 100 peratus.


“Pasukan bomba berusaha memadam api menggunakan dua aliran 200 kaki dan empat pancutan air daripada jentera serta water tanker dengan teknik ‘offensive dan defensive’ bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.


“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.28 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 7.52 pagi.


“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page