• Wartawan Nabalu News

73 KES POSITIF BAHARU COVID DI SABAH HARI INI



18 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 73 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,074 kes dan satu kes kematian direkodkan di Kudat.


Beliau berkata, daripada 73 kes positif Covid-19, sebanyak 25 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 11 kes saringan bergejala, 18 kes saringan kluster baharu dan sedia ada, 12 kes saringan bersasar serta tujuh kes dari lain-lain kategori.


“Daerah yang mencatatkan kes baharu tertinggi hari ini ialah Keningau sebanyak 29 kes, diikuti Tawau (10 kes), Nabawan dan Sipitang masin-masing enam kes, Tambunan (lima kes), Kota Belud (tiga kes), Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan dan Kunak masing-masing dua kes.


“Penampang, Putatan, Tenom, Kalabakan, Kinabatangan dan Lahad Datu mencatatkan sifat kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata daerah yang mencatatkan sifar kes ialah Kota Marudu, Tuaran, apar, Beaufort. Beluran, Telupid, Ranau, Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongd,” katanya.


Katanya lagi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 47 menjadikan jumlah kumulatif 53,193 orang.


“Seramai 374 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 151 orang di hospital dan 222 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 20 orang dan empat orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.