741 Kes Covid-19 direkodkan di Sabah, tiga kematian741 Kes Covid-19 direkodkan di Sabah, tiga kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

741 Kes Covid-19 direkodkan di Sabah, tiga kematian



27 Julai 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 741 kes meningkat 21 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 80,931 kes dan tiga kes kematian dilaporkan iaitu di Kudat, Penampang dan Putatan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 379 kes adalah dari Saringan Kontak Rapat, Saringan Kluster (142) dan Saringan Bergejala sebanyak (129) kes.


“Untuk Saringan Kontak Rapat, Kota Kinabalu menyumbang kes tertinggi dengan 70 kes daripada kumulatif kes yang berpunca daripada Saringan Kontak Rapat iaitu 379 kes,” katanya.


“Bagi Saringan Kluster pula, Kinabatangan menyumbang kes tertinggi dengan 35 kes daripada kumulatif kes yang berpunca daripada Saringan Kluster iaitu 142 kes,” katanya.


Masidi berkata, sejumlah 76 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.


“Kategori 1 sebanyak 257 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 sebanyak 291 kes sekadar mengalami simptom ringan,” katanya.


Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 652 menjadikan jumlah kumulatif 74,737 orang.


Katanya, seramai 3,554 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital, 2,740 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 129 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 80 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page