top of page

8 termasuk 3 warga asing ditahan terlibat judi sabung ayam

  • nabalunews
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read

28 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Lapan lelaki termasuk tiga warga asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam ditahan polis dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tawau - Kunak, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek berusia di antara 25 hingga 71 tahun itu, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.


Katanya dalam serbuan jam 12.50 tengah hari itu, polis turut merampas lapan ekor ayam jantan yang digunakan dalam kegiatan judi ayam gelanggang.


"Pasukan serbuan juga merampas peralatan laga ayam dan wang tunai RM1,000," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c)Akta Imigresen 1959/63.


Pada masa yang sama, Jasmin memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana  individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian seumpama itu.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page