• nabalunews

825 INDIVIDU DITAHAN BERKAITAN KES DADAH DI LAHAD DATU TAHUN INI



11 DIS 2020


LAHAD DATU: Polis menahan 825 individu dan merampas 3.07 kilogram dadah bernilai RM180,706 dalam kes berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran bahan terlarang itu di daerah ini tahun ini.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam kes terkini, polis mereman seorang lelaki berusia 52 tahun selama tujuh hari berhubung siasatan kes di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, mulai hari ini.


“Suspek yang tidak bekerja itu ditahan bersama tiga peket dadah syabu seberat 152.55 gram bernilai RM22,822.50 dalam satu serbuan di perkampungan atas air, Kampung Bakau pada 12.45 tengah hari, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama