top of page

85 mangsa banjir dipindahkan

  • nabalunews
  • Jan 28
  • 1 min read

Semua mangsa terlibat ditempatkan PPS Dewan Selagon
Semua mangsa terlibat ditempatkan PPS Dewan Selagon

27 Januari 2025


Beaufort: Seramai 85 individu membabitkan 25 keluarga dipindahkan selepas kawasan perumahan mereka di Kampung Suasa, di sini, dinaiki air, hari ini.


Operasi pemindahan dijalankan oleh pasukan bomba dan dibantu agensi penyelamat lain selain bantuan bot penduduk kampung dan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Abdul Majid Damang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.55 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus memindahkan semua mangsa terlibat dari kawasan banjir ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Selagon, di sini.


“Mangsa yang dipindahkan melibatkan 16 lelaki dan 25 wanita dewasa, 40 kanak-kanak dan empat bayi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abdul Majid berkata, semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan pasukan operasi terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.


Katanya, selepas dipastikan tiada lagi mangsa terperangkap di dalam kawasan banjir, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.13 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page