top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: 87 KES BAHARU, TIADA KES KEMATIAN DIREKODKAN HARI INI



16 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini meningkat 27 kes kepada 87 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,349 dan tiada kes kematian dicatatkan hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 87 kes tersebut, 40 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, 21 kes dari kluster sedia ada, 16 kes dari saringan bergejala dan 10 kes dari lain-lain kategori.



“Kunak merekodkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 21 kes, diikuti Kota Kinabalu (18 kes), seterusnya Tawau dan Kalabakan masing-masing 12 kes, Kinabatangan dan Beaufort masing-masing lima kes.


“Penampang (empat kes), Tuaran (tiga kes), Semporna dan Kota Belud masing-masing dua kes, serta satu kes dicatatkan di Lahad Datu, Papar dan Keningau.


“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Putatan, Sandakan, Ranau, Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, seramai 48 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 58,216 orang.


"Sebanyak 522 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 224 orang di hospital dan 298 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


bottom of page