894 KIR mangsa banjir terima sumbangan kewangan dan bakul makanan daripada YKS
- nabalunews
- 4 minutes ago
- 2 min read

9 September 2025
NABAWAN: Seramai 894 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir pada bulan April lepas menerima sumbangan prihatin kewangan dan bakul makanan mangsa banjir daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Setiap penerima sumbangan prihatin mangsa banjir ini masing-masing menerima wang tunai RM200 berserta bakul makanan dan beras.
Majlis penyampaian bantuan itu di sempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang berlangsung di Dewan Kelab Belia Dan Sukan di sini pada Selasa.

Berucap pada majlis itu Ghani berkata, sumbangan kewangan dan bakul makanan berkenaan diberikan kepada mangsa yang tidak berpindah dan berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semasa banjir.
Katanya, sumbangan daripada kerajaan negeri ini disalurkan melalui YKS yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang tidak berdaftar di PPS tetapi turut terjejas dan mengalami kerosakan harta benda akibat banjir" katanya.
Pada masa sama Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya kepada Ketua Menteri yang meluluskan sumbangan kewangan berkenaan.
Dalam sidang media selepas majlis itu Ghani menyeru agar jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan agar mengambil langkah-langkah pencegahan banjir seperti pembersihan tebing sungai dan menyelenggarakan sistem perparitan dan saliran yang berisiko menyebabkan banjir.
"Ini penting bagi mengelakkan banjir seperti yang berlaku pada bulan April lepas yang menyebabkan beberapa kampung yang dilanda banjir yang tidak diduga" katanya.
Beliau berkata, menurut sejarah di daerah ini dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu tidak pernah berlaku banjir besar.
Tetapi katanya, beberapa bulan yang lepas berlaku banjir besar yang mengejutkan semua pihak kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku.
Sementara itu beberapa KIR yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan yang berikan.
"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri kerana prihatin kepada kami yang tidak menerima wang ihsan daripada kerajaan persekutuan seperti yang diterima oleh mereka yang berdaftar di PSS.
Syukur kami dapat bantuan daripada kerajaan negeri walaupun nilainya agak berbeza tetapi sentuhannya menyeluruh kepada semua mangsa banjir" katanya mereka.
Hadir sama Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Nabawan (Pembangunan) Alane Medin, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Flyantia Sungkang dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Comments