- nabalunews
90,471 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 22 DAERAH SETAKAT 26 OKT

27 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 90,471 bakul makanan (food basket) kepada 22 daerah seluruh Sabah setakat kelmarin.
Menterinya Ir Shahelmey Yahya berkata, daerah-daerah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu,Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat dan Pitas.
“Sebanyak 3,172 bantuan bakul makanan diagihkan pada 26 Oktober (kelmarin) melibatkan 13 daerah iaitu Kunak (394), Tawau (53), Sandakan (16), Papar (62), Tuaran (880), Ranau (57), Kota Belud (66), Tambunan (14), Kota Marudu (53), Tenom (54), Kinabatangan (408), Kudat (473) dan Pitas (642),” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.