90 peratus penjawat awam Sabah dibenarkan bertugas di pejabat90 peratus penjawat awam Sabah dibenarkan bertugas di pejabat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

90 peratus penjawat awam Sabah dibenarkan bertugas di pejabat


Gambar fail

19 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 90 peratus penjawat awam di Sabah kini dibenarkan bertugas di pejabat tertakhluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Negeri, manakala 10 peratus lagi dibenarkan bekerja dari rumah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, kelonggaran bagi prosedur operasi standard (SOP) terbaharu ini adalah ekoran daripada peralihan Sabah ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Bagi sektor awam persekutuan pula, jumlah had pekerja yang dibenarkan untuk berkerja di pejabat adalah sebanyak 80 peratus manakala 20 peratus lagi bekerja di rumah.


Sementara itu, bagi sektor swasta kapasiti pekerja adalah mengikut peratusan pekerja yang telah lengkap divaksin, kata Masidi.

bottom of page