top of page

ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Sandakan baharu

  • nabalunews
  • Feb 28, 2025
  • 1 min read

Shahurinain (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sandakan daripada Abdul Fuad kepada Ahsmon
Shahurinain (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sandakan daripada Abdul Fuad kepada Ahsmon

27 Februari 2025


SANDAKAN: Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan baharu menggantikan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek bermula, hari ini.


Abdul Fuad akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan kenaikan pangkat ke pemangku Senior Asisten Komisioner.


Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais.

Shahurinain berkata, pucuk pimpinan PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kenaikan pangkat Abdul Fuad serta ucapan syabas kepada Ahsmon kerana akan menerajui kepimpinan PDRM sandakan selepas ini.


Beliau turut menekankan bahawa jawatan yang diamanahkan adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik-baiknya dan lebih cemerlang bagi melonjakkan nama PDRM yang lebih efektif dan berkesan kepada masyarakat khususnya di negeri Sabah.


Pada majlis sama, Shahurinain turut menyaksikan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Fauziah Nor Mohd Ali yang menyerahkan jawatan itu kepada Emmy Suin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page