ACP George Dilantik Ketua Polis Daerah Sandakan

7 Julai 2025
SANDAKAN: Asisten Komisioner George Abd Rakman, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan baharu bagi menggantikan Asisten Komisioner Ahsmon Bajah yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah.
Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, hari ini, disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
George ketika berucap melahirkan rasa teruja kembali berkhidmat di daerah Sandakan selepas kali terakhir bertugas di daerah berkenaan pada tahun 2010.
Katanya, beliau berharap semua anggota dapat memberi kerjasama penuh serta terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Saya mahu kita berfungsi sebagai satu pasukan yang kuat, sentiasa terbuka dan bersedia menerima sebarang inovasi baharu, selain mengekalkan integriti sebagai anggota polis.
“Ini bukan saja penting untuk menjaga nama baik pasukan, tetapi juga demi kesejahteraan dan kemajuan daerah Sandakan,” katanya.
George turut berikrar untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat di daerah ini sepanjang memegang jawatan berkenaan.















Comments