top of page

Adabi & DIKK Semarak Ramadan Menerusi Program Bubur Lambuk Perdana 2026

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


25 Februari 2026



KOTA KINABALU: Semangat kebersamaan dan ibadah di bulan Ramadan disemarakkan menerusi Program Semarak Ramadan: Bubur Lambuk Perdana DIKK 2026 yang berlangsung di perkarangan bangunan pentadbiran Depot Imigresen Kota Kinabalu (DIKK), semalam.


Program yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIKK dengan kerjasama Biro Kebajikan, Kelab Rekreasi Imigresen Sabah (KRIS) itu menyaksikan pengagihan bubur lambuk kepada warga jabatan serta agensi sahabat di sekitar Kota Kinabalu.


Majlis turut menerima sokongan padu daripada Adabi Distribution Sdn Bhd yang tampil sebagai penyumbang utama dalam menjayakan program tahunan ini. Sumbangan tersebut menunjukkan sinergi kukuh antara agensi kerajaan dan pihak swasta dalam usaha mendekatkan lagi institusi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Pengagihan bubur lambuk bukan hanya tertumpu kepada pegawai dan kakitangan DIKK, malah turut diedarkan ke pejabat-pejabat Imigresen lain serta agensi rakan strategik di sekitar ibu negeri. Inisiatif itu bertujuan meluaskan lagi keberkatan Ramadan dan menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan warga kerja serta komuniti.


Menurut penganjur, program seumpama itu diharap dapat terus mengukuhkan silaturahim, memupuk semangat sukarelawan, serta mempertingkat penghayatan ibadah di bulan mulia dalam kalangan warga jabatan.


Turut hadir sama dalam program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu adalah barisan kepimpinan DIKK serta wakil-wakil dari unit-unit di bawah depot berkenaan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page