Adrian yakin, UPKO terus progresif di bawah kepimpinan Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Adrian yakin, UPKO terus progresif di bawah kepimpinan Ewon 


Ewon menyampaikan kad keahlian kepada Adrian sebagai ucapan ‘selamat kembali’ ke dalam UPKO.

24 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PENAMPANG: Mantan Ahli Dewan Negara Adrian Banie Lasimbang yakin Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus progresif di bawah kepimpinan presidennya Datuk Ewon Benedick.

 

Sehubungan itu katanya, beliau bersedia berkhidmat dan berjuang bersama parti demi rakyat Sabah.

 

“Saya bersedia berkhidmat dan berjuang bersama kepimpinan UPKO. Saya percaya di bawah kepimpinan Datuk Ewon, UPKO boleh membawa Sabah ke satu tahap yang jauh lebih baik dari sekarang.

 

“Saya juga sangat teruja mendapat peluang kembali semula ke dalam UPKO, sebuah parti yang mendapat penjenamaan semula, parti progresif yang membawa inovasi dan cara berpolitik zaman baru dengan kepimpinan yang baru,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas sempena penyampaian kad keahlian dan kepulangan beliau ke dalam UPKO, di Hotel D’Arch, di sini, hari ini.

 

Adrian yang juga mantan pemimpin Pergerakan Pemuda UPKO Penampang berkata, selepas beberapa tahun di luar parti, beliau berpeluang belajar bersama rakan-rakan kepimpinan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

 

“Apa yang penting selepas ini, perjuangan itu harus diteruskan untuk memenuhi keperluan rakyat dan berjuang bersama UPKO,” katanya.

 

 

 

bottom of page