top of page

Aduan jambatan gantung SK Kebayau rosak dapat perhatian Ewon

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 29, 2022
  • 1 min read

Penyelenggaraan jambatan gantung dilaksanakan secara bergotong-royong.

29 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kerosakan jambatan gantung SK.Kebayau yang menjadi laluan utama penduduk kampung dan murid sekolah itu mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Bagi tujuan itu beliau menyampaikan sumbangan RM5,000 untuk membeli keperluan menyelenggara jambatan gantung berkenaan.


Selain itu turut memberikan sumbangan ialah pihak penganjur larian TMBT Kadamaian.


ree

Pegawai Pusat Khidmat Adun N.11 Kadamaian Anichlose Kesimin berkata, mereka menerima aduan berkaitan kerosakan jambatan gantung itu dan mengambil tindakan segera melalui penyampaian sumbangan Adun.


Bagi mewakili Ewon, mereka menghadiri Gotong-Royong Menyelenggara Jambatan SK.Kebayau, baru-baru ini.


“Tahniah kepada YDP PIBG Justin Sarapon dan juga Pengerusi JPKK En. Yanik Yatam atas kejayaan menganjurkan program bersama ini.

“Tidak lupa kepada pihak larian TMBT Kadamaian yang turut menyumbang bahan keperluan.


Anichlose dan Saikom mewakili Ewon menghadiri gotong-royong itu.

“Terima kasih juga kepada Guru Besar SK. Kebayau Puan Munirah yang memberikan sokongan kepada PIBG untuk Program Gotong-Royong ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page