ADUN Kadamaian Hulur Sumbangan Bantu Komuniti Kampung Bundu Paka
- nabalunews
- Feb 18, 2025
- 1 min read

18 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD : Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian telah menyerahkan sumbangan bagi pihak ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, kepada komuniti Kampung Bundu Paka.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh kakitangan Pejabat ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bundu Paka, Mujin Soborong.
Menurut Mujin, bantuan tersebut akan digunakan untuk menampung kos gotong-royong bagi pembinaan sebuah stor untuk kegunaan penduduk kampung.
Beliau turut menyampaikan penghargaan mewakili penduduk Kampung Bundu Paka kepada Ewon atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.
“Inisiatif ini amat bermakna bagi kami kerana ia membantu memudahkan urusan komuniti dalam pelbagai aspek. Kami sangat berterima kasih kepada Ewon atas sumbangan ini,” katanya.
Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) , sememangnya dikenali aktif dalam membantu masyarakat di Kadamaian melalui pelbagai program pembangunan dan kebajikan.
Usaha ini selaras dengan komitmennya untuk memastikan setiap kampung di Kadamaian terus mendapat perhatian dan bantuan dalam meningkatkan kemudahan serta kesejahteraan penduduk.















Comments