top of page

ADUN Kadamaian Sokong Penuh Program Anjuran Gereja SDA Kampung Piasau

  • nabalunews
  • Feb 18
  • 1 min read

18 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menyatakan sokongan penuh terhadap program The Biggest Loser Challenge (TBLC) 2025 yang dianjurkan oleh Gereja Seventh-Day Adventist (SDA) Kampung Piasau, Kota Belud.


Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menyampaikan sumbangan melalui Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian kepada Pengerusi Penganjur Program Kesihatan TBLC 2025, Roslinah Miun.


Menurut Roslinah, sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk pembelian hadiah sempena program Cabaran Mengurangkan Berat Badan ini. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Pelayanan Kesihatan, Jabatan Pelayanan Keluarga, Jabatan Pelayanan Lelaki, dan Jabatan Pelayanan Wanita Gereja SDA Kampung Piasau.


TBLC 2025 telah bermula pada 20 Januari 2025 dan akan berlangsung selama lapan minggu. Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dengan memberikan sokongan kepada peserta yang ingin mencapai berat badan ideal melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.


Sebagai penutup program, satu majlis rasmi akan diadakan pada 23 Mac 2025 bertempat di The Blessing Hall, Gereja SDA Kampung Piasau. Penganjur berharap Ewon dapat hadir sebagai perasmi majlis tersebut.


Dengan adanya sokongan pemimpin dan komuniti, TBLC 2025 dijangka akan memberi impak positif kepada kesihatan peserta serta menggalakkan lebih ramai penduduk untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page