top of page

ADUN KUNAK POSITIF COVID-19

  • nabalunews
  • Oct 15, 2020
  • 1 min read

15 OKTOBER 2020


KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.


Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.


"Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.


Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page