ADUN Serah Bantuan Kewangan Kepada 18 PIBG Di Kunak
- nabalunews
- Mar 19
- 1 min read

19 Mac 2026
KUNAK: Sebanyak 14 Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah rendah menerima bantuan dana kewangan sebanyak RM20,000 manakala tiga sekolah menengah masing-masing menerima RM50,000.
Manakala sebuah lagi sekolah tunggal jenis kebangsaan SJKC di sini turut menerima RM30,000 dalam satu majlis penyerahan bantuan itu yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada Rabu.
Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif yang juga Adun Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu berkata, bantuan kewangan itu adalah sebahagian daripada janji manifestonya semasa pilihanraya lepas.
“Jumlah keseluruhan semua bantuan berkenaan adalah RM460,000.
“Penyerahan peruntukan kewangan kepada setiap PIBG sekolah di daerah ini adalah komitmen saya dalam menunaikan janji manifesto yang telah digariskan semasa piliharaya dewan undangan negeri yang lalu”, katanya kepada media.
Menurutnya, usaha itu juga adalah komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan murid dan pelajar khususnya bagi mempermudah aktiviti dan program yang dilaksana oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Cek telah disampaikan kepada setiap sekolah yang diwakili oleh pihak pengurusan PIBG masing-masing.
Hadir sama dalam majlis itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Dr Suharpi Lasuddang, Pegawai Daerah Kunak, Majaran Osman, kakitangan PPD, pengetua dan guru-guru besar sekolah sekitar Kunak.















It’s encouraging to see commitments from leaders being followed through, especially when it directly benefits students and school communities. When I read this, I feel like consistent investment like this can really strengthen the foundation of education over time. In a different way, it reminds me of how I approach progress in Veck IO—small but strategic boosts can make a big difference in overall development.