ADUN Tanjong Papat sumbang kerusi roda kepada Klinik Kesihatan Sandakan

6 November 2024
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung hari ini menyampaikan sumbangan 3 unit kerusi roda kepada Klinik Kesihatan Sandakan sebagai sokongan kepada perkhidmatan kesihatan di daerah ini.
Menurut Frankie, sumbangan itu antara lain bagi membantu pesakit yang memerlukan bantuan kerusi roda semasa mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.
Pakar Perubatan Keluarga yang mewakili Klinik Kesihatan Sandakan, Dr. Suhashini Sivasegaran bersama Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sandakan Chong Thien Ming serta barisan kakitangan Klinik Kesihatan Sandakan hadir bersama untuk menerima sumbangan berkenaan.
Tambah Frankie, inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada komitmen beliau dalam meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan komuniti di Sandakan.
Beliau berharap sumbangan ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pesakit yang memerlukan bantuan mobiliti di Klinik Kesihatan Sandakan.
Komentar