top of page
Wartawan Nabalu News

Agong titah PM terus urus negara, Istana Negara tidak terlibat percaturan politik


11 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa untuk mesyuarat Pra-Kabinet dan mengulas perkembangan semasa.


Anwar berkata, Seri Paduka bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik dan menitahkan beliau dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.


"Hari ini, seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.


"Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara," kata Anwar dalam kenyataan.


Terdahulu, tular di media sosial kononnya baginda memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen blok pembangkang untuk menghadap baginda bersama SD masing-masing.


Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan kenyataan itu dan mengesahkan bahawa ia adalah palsu.

Comments


bottom of page