AGONG ULANGI GESAAN PERSIDANGAN PARLIMEN DIADAKAN SEGERA AGONG ULANGI GESAAN PERSIDANGAN PARLIMEN DIADAKAN SEGERA
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AGONG ULANGI GESAAN PERSIDANGAN PARLIMEN DIADAKAN SEGERA



29 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan perisytiharan darurat dan Ordinan darurat dapat dibentangkan mengikut Perlembagaan.


Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong menyampaikan pandangannya itu semasa menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, di Istana Negara, hari ini.


“Susulan sesi menghadap ini dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun 2021, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen Malaysia.


“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.


“Selain itu Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.


"Ini bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarkatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, pandangan dan seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Raja Berperlembagaan berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undangnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page