top of page

Agong zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan sempena Aidilfitri

  • nabalunews
  • 56 minutes ago
  • 1 min read

20 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab ketika sambutan Aidilfitri.


Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi pengorbanan anggota terlibat yang tetap bertugas demi memastikan keamanan, ketenteraman awam serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, walaupun pada ketika masyarakat lain meraikan lebaran bersama keluarga.


Baginda turut mendoakan agar semua anggota keselamatan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalankan tugas.


Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku pada Khamis.


Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat kepada rakyat supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, khususnya semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.


Sultan Ibrahim bertitah agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga keselamatan diri serta tidak tergesa-gesa ketika memandu demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page