top of page

Ahli Parlimen Penampang sumbang sokongan kepada belia Gereja St. Paul Dontozidon

  • nabalunews
  • Jan 15
  • 1 min read


ree

15 Januari 2025


PENAMPANG: Pusat Khidmat Parlimen Penampang telah menyerahkan sumbangan kepada belia Gereja St. Paul Dontozidon.


Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Parlimen Penampang, Belly Stephen, bagi mewakili Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.


Sumbangan tersebut bertujuan untuk menyokong usaha belia gereja itu menjana dana melalui penjualan Kalender 2025 bagi membiayai penyertaan mereka dalam Jubilee of Young People Pilgrimage yang akan berlangsung di Rome, Itali, dari 28 Julai hingga 2 Ogos 2025.


Sebanyak 18 belia dari Gereja St. Paul Dontozidon akan mengambil bahagian dalam program ziarah ini, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Tahun Jubili Gereja Katolik 2025.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page