top of page

Ahli SRS diingatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa

  • nabalunews
  • Nov 28, 2024
  • 1 min read



Oleh Wartawan Nabalu News


28 November 2024


KENINGAU: Ahli Skim Rondaan Sukarelawaan (SRS) dibawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah diingatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan, sebaliknya mengutamakan keselamatan dan keamanan kampung masing-masing.


Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata SRS adalah mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk melaporkan segala kegiatan jenayah.


"Program SRS ini adalah amat penting untuk seluruh kawasan di daerah Keningau ini khasnya dan di seluruh negeri Sabah amnya untuk membantu anggota-anggota keselamatan yang lain seperti polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.


Sehubungan itu katanya, program SRS amat perlu dilaksanakan di peringkat kampung bagi mencegah jenayah.


Pada masa sama, Robert berharap , pihak JPNIN Sabah akan terus mengutamakan program melibatkan pelbagai komuniti dalam mengeratkan perpaduan sedia ada.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan program Kem Pemantapan SRS Peringkat Zon Pedalaman yang diadakan di Kampung Banginda dekat sini.


Program selama tiga hari itu disertai oleh seramai 80 ahli SRS Zon Pedalaman atas iaitu Tenom, Tambunan, Keningau dan Nabawan.


Hadir sama Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page