AIM bantu usahawan wanita berhadapan isu muflis
top of page
  • Wartawan Nabalu News

AIM bantu usahawan wanita berhadapan isu muflis

20 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), satu daripada agensi di bawah kementerian itu menyediakan pembiayaan kepada usahawan wanita termasuk mereka yang diisytiharkan muflis.


Beliau berkata, ini kerana AIM memberikan pembiayaan kepada semua usahawan wanita tanpa melihat latar belakang sama ada mereka berhadapan isu muflis atau sebaliknya.


“Kita telah memberikan pembiayaan kepada mereka yang memang ada isu bankrap bagi membantu mereka meneruskan perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan  Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang bertanya usaha kementerian untuk merapatkan jurang di antara usahwan wanita bandar dan luar bandar, Ewon berkata, AIM dan Tekun Nasional iaitu agensi di bawah kementerian akan terus melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan.


“Kita tahu bahawa golongan usahawan wanita ini adalah pembayar hutang terbaik sebab itu kita menghargai sumbangan dan peranan mereka.


“Yakinlah bahawa dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, kita berharap peruntukan yang lebih besar disalurkan kepada AIM dan Tekun Nasional untuk kita menjayakan pogram pembangunan usahawan wanita termasuk wanita luar bandar teristimewa di Sabah dan Sarawak,” katanya.

bottom of page