Akta Hasutan akan disemak untuk lindungi Institusi Raja-Raja
- Wartawan Nabalu News
- Jul 26, 2023
- 1 min read

26 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip untuk menyemak Akta Hasutan 1948 bagi memastikan ia hanya digunakan untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.
Katanya, beliau telah membentangkan hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan baru-baru ini kepada Jemaah Menteri semalam.
Dialog itu bertujuan untuk menangani isu provokasi yang melibatkan agama, bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R).
Azjalina berkata, kerajaan juga akan meneliti aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa termasuk penggubalan perundangan baharu, jika perlu, mengenai keharmonian dan perpaduan negara.
Beliau berkata, kerajaan akan mengambil kira pandangan Institusi Raja-Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa dalam usaha ini.
"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci Akta Hasutan 1948. Ia bagi memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi Institusi Raja-Raja secara holistik," katanya dalam kenyataan.















Comments