top of page

Aktivis GSF Malaysia selamat, akan dihantar pulang - Wisma Putra

  • Oct 3
  • 1 min read

ree

3 Oktober 2025


PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan kesemua 23 rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.


Kementerian itu yang turut dikenali Wisma Putra menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia.


“Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan telah menghubungi beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat, termasuk Amerika Syarikat, bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha diplomatik ini.


“Menteri Luar turut mengeluarkan arahan kepada perwakilan Malaysia di rantau berkenaan, termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah, untuk mendapatkan kerjasama daripada Kedutaan negara-negara ASEAN di Tel Aviv,” menurut kenyataan itu, malam tadi.


Wisma Putra berkata, langkah diplomatik itu merupakan usaha menyeluruh kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan serta pembebasan segera kesemua peserta GSF, termasuk 23 rakyat Malaysia yang kini berada dalam tahanan Israel.


Kerajaan Malaysia turut menegaskan penahanan peserta GSF adalah tidak sah, dan menuntut agar mereka dilayan mengikut undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page