AKTIVITI KEAGAMAAN, BERSUKAN KINI DIBENARKAN
- Wartawan Nabalu News
- Nov 10, 2020
- 1 min read
Updated: Nov 11, 2020

10 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti sukan termasuk jogging, berbasikal, hiking, memancing dan golf kini boleh meneruskan aktiviti itu.
Bagaimanapun aktiviti kesukanan ini hanya boleh dijalankan dalam daerah sahaja dengan mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang adalah dibenarkan.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) mula memberikan kelonggaran bagi membenarkan beberapa aktiviti untuk dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Aktiviti keagamaan seperti aktiviti di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri Sabah.
“Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam juga dibenarkan dengan had kehadiran ditetapkan.
“Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dan upacara perkahwinan bukan Islam juga dibenarkan dengan kehadiran had maksima 20 orang,” katanya.















Comments