Aktiviti luar bilik darjah dibenarkan semula – KPM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Aktiviti luar bilik darjah dibenarkan semula – KPM


7 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan baru untuk melaksanakan aktiviti luar bilik darjah yang sebelum ini ditangguhkan akibat cuaca panas.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Norisah Suhaili, berkata garis panduan tersebut berkuat kuasa pada Selasa dimana aktiviti luar boleh dijalankan dalam suhu kurang 35°C dengan mengambil langkah kawalan dan berjaga-jaga.


"Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin," katanya.


Beliau berkata, KPM mengambil kira situasi terkini yang menunjukkan penurunan suhu di beberapa kawasan.


Antara langkah kawalan yang perlu dipatuhi ialah mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk penyertaan murid secara sukarela, menyediakan kemudahan penyejukan seperti kanopi, ais dan tuala basah, menggalakkan murid membawa dan minum air secukupnya, membuat penyesuaian tempoh dan waktu aktiviti mengikut perubahan cuaca serta memberi penerangan tentang pencegahan dan rawatan gejala cuaca panas.


Dr Norisah juga menasihatkan agar semua aktiviti luar ditangguhkan sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C.


Tambah beliau, KPM akan memantau perkembangan cuaca panas yang biasa berlaku di Malaysia sepanjang tahun.


Pada 4 Mei lalu, KPM telah mengarahkan semua institusi pengajian di bawahnya untuk menangguhkan aktiviti luar yang melibatkan murid, guru dan pensyarah susulan fenomena cuaca panas yang mencatatkan suhu sehingga 37°C di beberapa kawasan.


Larangan itu termasuk merentas desa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page