top of page

Aktiviti sosial dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus di Sabah

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 9, 2021
  • 1 min read

ree

9 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata aktiviti sosial kini dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus di Sabah tertaluk kepada SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.


Katanya aktiviti ini termasuk sambutan perayaan, majlis pertunangan dan perkahwinan, kenduri-kendara, sambutan hari jadi, dan lain-lain majlis sosial.


Menurut Masidi, perhimpunan sosial dibenarkan kepada individu lengkap vaksinasi dan ditetapkan kapasiti 50 peratus ruang premis dan penjarakan fizikal satu meter.


Individu dewasa lengkap vaksinasi juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.


Sementara itu, majlis rasmi kerajaan dan swasta kini juga dibenarkan dengan syarat semua individu telah lengkap vaksinasi dan kapasiti 50 peratus ruang premis.


Masidi berkata, individu yang belum lengkap vaksin atas masalah kesihatan perlu menjalani “pre-event test” menggunakan kit ujian kendiri sebelum hadir dengan disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page