Aktiviti sukan di Kadamaian akan terus diberi sokongan: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Aktiviti sukan di Kadamaian akan terus diberi sokongan: Ewon


11 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan terus menyokong aktiviti sukan anjuran belia dan beliawanis di kawasan itu.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, ini kerana aktiviti kesukanan adalah aktiviti sihat dan berfaedah untuk mengisi masa lapang serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia.


“Kejohanan Dart Terebuka ini adalah program sukan tahunan yang saya sokong sejak dipekenalkan beberapa tahun lalu.

“Semua kejohanan sukan seperti Kejohanan Dart, Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Tali Kadamaian merupakan permintaan daripada para penggiat sukan terutama di kalangan belia.


“Saya menggunakan peruntukan Adun Kadamaian untuk membiayai penganjuran-penganjuran kejohanan seperti ini sesuai dengan permintaan para penggiat sukan terutama di kalangan golongan belia di Kadamaian,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Dart Terbuka Kiau, di Kg.Kiau Taburi, Kota Belud, pada Ahad.


Kejohanan Dart Kiau terbuka itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 43 pasukan dari seluruh Sabah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page