'All Borneo Revival' 2023 Keningau diadakan pada 30 Ogos hingga 3 Sept
30 Ogos 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KENINGAU: Kebangunan Rohani Seluruh Borneo (All Borneo Revival) ABR 2023, satu Konvensi Keagamaan Kristian akan diadakan di Dewan Pasisimpungan, SIB Sabah, Keningau, iaitu di Kg. Liawan, Off Jalan Keningau-Tambunan pada 30 Ogos - 3 Sept 2023, setiap malam dari jam 7.00 malam - 11.00 malam.
Tema ABR'23 adalah " SELAMATKAN YANG HILANG, BANGKITKAN UMAT TUHAN.”
Konvensi ini, yang di anjurkan oleh Gerakan Api Kebangunan (Revival Fire Movement) bersama dengan Majlis Gabungan Gereja-Gereja Keningau (MGGK), akan menarik ribuan jemaat-jemaat dari seluruh Malaysia dan Brunei.
Menurut Timbalan Pengerusi RFM Malaysia, Rev. Augustine Saang, tema "Selamatkan yang Hilang, bangkitkan umat Tuhan,” telah dipilih sebagai tema ABR'23, seperti Kebangunan Rohani yang di adakan bulan lalu di Sandakan, Telupid dan Penampang, yang menekankan keselamatan kekal akan jiwa-jiwa yang masih hilang, memberkati kesembuhan, pelepasan dan pembaharuan rohani.
Pada masa yang sama, akan diadakan juga doa-doa untuk keamanan, keselamatan, keharmonian dan kemakmuran bagi Malaysia dan Sabah khususnya.
Selain konvensi, seminar-seminar juga diadakan waktu siang hari dari 31 Ogos - 2 Sept 2023, bermula jam 9.00 pagi sampai 12.30 tengah hari.
Rev. Augustine merupakan salah seorang penceramah, bersama dengan Rev. Max Ebe dari Papua dan Rev. Dr. Elisha Chieng yang berasal dari Miri, Sarawak tapi sedang melayani di Lembah Klang. Kedua penceramah tersebut sangat diurapi dan dipakai Tuhan disetiap Kebangunan Rohani mereka melayani.
"Orang-orang percaya dan yang belum percaya Tuhan, juga semuanya di jemput untuk menghadiri Acara-acara Kristian ini...kedua-duanya Kebaktian terbuka setiap malam dan seminar-seminar disiang hari.
Tuhan pasti akan melakukan banyak mujizat keselamatan, kesembuhan dan pelepasan, perdamaian dalam keluarga-dan pemulihan kedudukan ekonomi dan kewangan," kata Rev. Augustine.
Comments