top of page

ALLIANCE BANK TUTUP CAWANGAN TAWAU SELEPAS DUA KAKITANGAN POSITIF COVID-19

nabalunews

19 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd terpaksa menutup cawangan Tawau selepas dua kakitangannya dijangkiti COVID-19.


Bank itu dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pekerja itu kini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan yang dilantik.


"Pihak bank terpaksa menutup cawangan Tawau dan kawasan e-Lobi pada 16 Okt 2020, dan semua kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan pengesahan bahawa salah seorang pengawal keselamatannya telah diuji positif.


"Cawangan di Tawau dan e-Lobi bank sedang dibersihkan dan disanitasi," katanya.

Cawangan tersebut akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak. - Bernama

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page