Amandajane Primus cipta rekod baharu MSSM
nabalunews
Sep 24
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KUANTAN: Atlet Sabah, Amandajane Primus, mencipta sejarah dalam acara Lompat Tinggi Perempuan Bawah 15 Tahun (P15) Kejohanan Olahraga Majlis Sulan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-66 Tahun 2026 apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 1.71m di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, Keningau itu melepasi rekod lama 1.70m milik Wong Boon Syian (Johor) yang bertahan selama 23 tahun sejak 2003.
Amandajane menjadi tumpuan utama pada hari kejohanan kerana keberaniannya menaikkan had ketinggian terus ke 1.71m demi memecahkan rekod kebangsaan MSSM, selepas sebelum itu gagal dalam dua cubaan pada ketinggian 1.69m.
Kejayaan itu bukan sahaja menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Sabah, malah menamatkan tempoh 23 tahun rekod lama tersebut bertahan.















23 years is a long time to hold a record. Huge achievement. -unblocked games 66
Two misses and then clearing 1.71m. That’s some serious determination. -granny
Congrats to Amandajane! Huge achievement. @pizza edition