top of page

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah Bermula Rabu Ini

Wartawan Nabalu News

10 October 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka akan berlaku di perairan Sabah bermula Rabu ini.


Perkara itu diumumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook.


"Angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Sabah barat dan Labuan dalam tempoh Rabu hingga Sabtu ini.


"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” katanya.


Keadaan itu juga dijangka melanda perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan dalam tempoh yang sama.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page