top of page

AMARAN CUACA BURUK DI SABAH HINGGA AHAD - METMALAYSIA

  • nabalunews
  • Nov 28, 2020
  • 1 min read

28 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di beberapa daerah di Sabah hingga Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran tahap jingga iaitu tahap hujan lebat dijangka berterusan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain di Labuan.

Sementara itu, amaran waspada juga hingga esok dikeluarkan di kawasan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan serta Ranau dan Kudat. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page