Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hingga esok
nabalunews
Feb 12
1 min read

12 Februari 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah selama dua hari sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat termasuk di Pantai Barat melibatkan Tuaran, Ranau dan Kota Belud.
“Keadaan hujan berterusan turut dijangka berlaku di Sandakan melibatkan Telupid dan Beluran serta Kudat bermula hari ini sehingga Jumaat, 13 Februari 2026.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan atau aplikasi myCuaca,” menurut kenyataan itu.















Comments