Amaran Ribut Petir 13 Daerah Di Sabah

15 Jun 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 13 daerah di kawasan pedalaman dan Pantai Barat negeri ini.
Antara kawasan yang dijangkakan akan dilanda cuaca buruk itu ialah daerah Nabawan, Keningau dan Tambunan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Kudat dan Kota Marudu.
Selain itu, turut diletakkan amaran berjaga-jaga adalah daerah Pantai Timur iaitu daerah Sandakan dan Tongod sehingga jam 10 malam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.















Comments