top of page

Anak Serang Bapa Diberkas

  • nabalunews
  • Nov 24, 2025
  • 1 min read

24 November 2025


TAWAU: Polis memberkas seorang lelaki selepas dipercayai mengamuk sebelum menyerang bapa kandungnya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Sungai Imam, di sini, pada Ahad.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 69 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di badan dan muka.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berada di rumah diserang secara tiba-tiba oleh anaknya yang bertindak agresif dengan memukul dan menendang mangsa tanpa sebab.


Katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai memberkas suspek di kawasan rumahnya kira-kira jam 1 pagi tadi.


"Suspek berusia 38 tahun yang juga seorang penggangur ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, masyarakat dinasihatkan supaya menghormati ibu bapa, mengawal emosi dan menyelesaikan masalah secara matang bagi mengelakkan kesan buruk yang tidak boleh dipulihkan.


Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan insiden keganasan termasuk dikalangan keluarga dan menggesa masyarakat menyalurkan maklumat segera bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

 
 
 

1 Comment


sughra noor
sughra noor
Dec 13, 2025

you presented the facts in a clear, respectful way and helped highlight both the seriousness of the incident and the police’s message about community and family responsibility. Coverage like this really underscores how vital it is for communities to promote emotional health and conflict resolution. I happened to read a thoughtful post on family well‑being recently that touched on related themes on https://www.rosedalewellness.com/ and it offered some meaningful ideas about supporting healthy relationships. Keep up the good work in reporting these stories.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page