top of page

Anak tergamak ugut bunuh ibu selepas tidak diberikan wang

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

Pemuda ditahan selepas disyaki mengugut bunuh ibu kandungnya.
Pemuda ditahan selepas disyaki mengugut bunuh ibu kandungnya.

8 Disember 2025


TAWAU: Seorang anak tergamak mengugut bunuh ibunya sendiri selepas berang tidak diberikan wang dalam kejadian lelaki mengamuk di Batu 2, Jalan Apas pada Sabtu lepas.


Suspek, 23, bagaimanapun berjaya diberkas polis di kawasan kampung tersebut sekitar jam 3 petang tadi, susulan laporan polis dibuat mangsa, seorang rakyat tempatan.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian malang itu berlaku sekitar jam 7.30 malam ketika mangsa, 58, didatangi oleh anak kandungnya di rumahnya.


"Suspek bertindak agresif selepas permintaannya untuk diberikan wang tidak dituruti oleh ibunya itu.


"Ketegangan berlaku apabila suspek menumbuk dinding rumah dan mengeluarkan kata-kata ancaman dengan perkataan 'bunuh' sehingga membuatkan mangsa ketakutan lalu membuat laporan polis,"katanya dalam kenyataan hari ini


Jasmin berkata, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau selepas berjaya mengesannya di kampung tersebut.


Menurutnya, ketika tangkapan dibuat, suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam parit berhampiran, namun berjaya ditahan selepas anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minima.


Tambahnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Mengulas lanjut, Jasmin berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana ancaman jenayah, termasuk melibatkan ahli keluarga sendiri.


Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menggugat keselamatan orang awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page