top of page

Angin kencang, bumbung stesen minyak runtuh, enam kenderaan dihempap

nabalunews

14 Oktober 2024


KINABATANGAN: Bumbung Stesen Minyak Petronas, Batu 8, Bukit Garam, Kinabatangan runtuh akibat angin kencang petang tadi.


Kejadian itu menyebabkan enam kenderaan di stesen itu dihempap runtuhan bumbung berkenaan.


Ia melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi, Toyota Vigo, Proton Exora, Proton X70 dan Isuzu D-Max.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi Duraisamy, berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi.


Katanya polis bersama pasukan bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.47 petang dan menghantar 7 anggota bomba ke lokasi kejadian.


Katanya, pasukan bomba membantu mengalihkan sisa runtuhan berkenaan ke tempat yang selamat sebelum operasi tamat pada jam 6.59 petang tadi selepas memastikan tiada kemerbahayaan yang lain.

Comments


bottom of page