Angkatan Muda Harapan perkemas persediaan hadapi PRU-15
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Angkatan Muda Harapan perkemas persediaan hadapi PRU-15


14 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Harapan akan memperkasakan setiap sayap Pemuda anggota parti dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Menurut kenyataan media Angkatan Muda Harapan terus bertekad meningkatkan keyakinan anak muda dengan memberi fokus isu-isu anak muda dan pendekatan politik yang mementingkan rakyat seterusnya mencerminkan keikhlasan perjuangan golongan muda.


“Kami terus menzahirkan komitmen memberikan prioriti untuk berkesatuan dan memperkasa setiap sayap Pemuda anggota parti dalam PH khususnya bagi mendepani PRU15,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Angkatan Muda HARAPAN terdiri daripada Angkatan Muda KEADILAN

(AMK), Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAPSY), Pemuda AMANAH Nasional, Wanita Muda Amanah Nasional (WARDA), Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO bermesyuarat pada 13 September (kelmarin) bagi memperkemas persediaan dan gerak kerja menghadapi PRU15.


Menurut kenyataan itu, Angkatan Muda Harapan juga akan meneruskan Jelajah Anak Muda Harapan di seluruh negara sebagai persiapan menghadapi PRU15.


Katanya, adual penuh Jelajah Anak Muda Harapan di seluruh negara akan diterusksn di Pahang pada 1 Oktober (Sabtu) dikuti negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak yang akan berakhir pada hujung November tahun ini.


“Fokusnya adalah untuk mendengar dan menginsafi keluh kesah dan pandangan anak muda dalam segenap segmen.


“Angkatan Muda HARAPAN sebelum ini telah melaksanakan Jelaiah Anak Muda

Harapan di Kelantan pada 13 Ogos dan Terengganu pada 3 September yang mendapat pelbagai keluh kesah anak muda dalam pelbagai isu termasuk kos sara hidup semasa yang meningkat, jaminan pendapatan dan peluang pekerjaan,” katanya.


Mengenai permohonan penyertaan sebuah parti politik untuk menjadi parti anggota Pakatan Harapan (PH), Angkatan Muda Harapan berkata, mereka mempunyai pendirian yang akan dibawa ke Majlis Presiden untuk dibincangkan dalam semangat kesepakatan PH.


“Antara prasyarat utama adalah parti tersebut perlu mendukung prinsip Pakatan Harapan dan semua ketetapannya.


“Adalah mustahak untuk ditekankan bahawa keputusan yang diambil berkenaan perkara itu  perlu menitikberatkan pandangan dan kemahuan setiap anggota serta akar umbi setiap komponen sayap Pemuda parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia Kelvin Yii Lee Wuen, Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hasbie Muda,  Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Adam Adil Abd Halim dan Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Felix Joseph Saang.

bottom of page